Friday, 13 December 2013

0

Hatrik Hazwan bantu Malaysia benam Laos 4-1

Posted in



MALAYSIA mencatat kemenangan kedua dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila mengalahkan Laos 4-1 dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan menjaringkan gol sendiri, petang tadi.

Skuad Harimau Muda A membuka tirai jaringan hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit keenam namun, Laos berjaya menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama tamat menerusi jaringan sendiri K Reuben minit ke-41.
Malaysia hanya kembali di depan apabila Ahmad Hazwan Bakri sekali lagi menggegar gawang Laos pada minit ke-60.

Gol ketiga pula dihadiahkan pemain Laos, Ketsada Souksavanh menerusi jaringan sendiri pada minit ke-80.

Tiga minit sebelum tamat perlawanan, Ahmad Hazwan Bakri mencatat hatrik apabila menjaringkan gol keempat Malaysia.

Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia akan menentang Singapura pada 15 Disember.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13

0 comments: